FORUM AHLI PPKKM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Undang Undang Forum PPKKM - Bacaan adalah Muktamad.

Go down

Undang Undang Forum PPKKM - Bacaan adalah Muktamad. Empty Undang Undang Forum PPKKM - Bacaan adalah Muktamad.

Post  ParameswaranRAM Sun Apr 22, 2012 5:08 pm

Berikut adalah tatacara dan undang undang Forum PPKKM kita.

1. Kita bertangggungjawab terhadap tingkah laku kita semasa dalam topic perbincangan. Sikap professional adalah amat disanjungi.

2. Kita perlulah sentiasa menjaga bahasa pada bila bila masa didalam forum. Pengunaan bahasa lucah ataupun gosip akan menyebabkan keahlian digantung sehingga proses rayuan disemak semula.

3. Ahli tidak dibenarkan mendaftar dengan emel yang berlainan ataupun menggunakan ID yang berlainan Jikalau diketahui oleh Admin/Moderator, keahlian akan digantung sehingga suatu tempoh.

4. Jangan melibatkan orang/ahli lain didalam perbincangan yang boleh menyebabkan situasi seperti pergaduhan, tindakan undang undang ataupun mahkamah diambil. Admin/Moderator tidak akan bertanggungjawab terhadap ahli ahli yang menyebabkan perkara sebegini berlaku. Segala perlepasan adalah hak mutlak Admin/Moderator.

5. Admin/Moderator mempunyai kuasa untuk menamatkan keahlian forum sesiapa yang melanggar tatacara forum ini. Kita hendaklah bersatu bukannya berpecah. Sikap yang melanggar tatacara akan menyebabkan keahlian forum dibatalkan.

6. Semasa perbincangan, semua ahli yang ingin mengemukakan fakta hendaklah memberikan bukti yang secukupnya. Khabar angin dan gosip adalah dilarang sama sekali.

7. Semasa " Posting" , pastikan semua ayat adalah betul dan boleh difahami oleh ahli.

8. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris SAHAJA boleh digunakan didalam forum.Pengunaan bahasa lain adalah dilarang.

9. Berseronoklah semasa mengunakan forum. Dilarang bergaduh atau bertengkar dengan sesiapa.

Forum ini adalah adalah untuk kita semua. Budaya Professionalisma adalah pakaian seragam kita.

Marilah kita menjayakan forum ini.
ParameswaranRAM
ParameswaranRAM
Admin
Admin

Posts : 20
Join date : 20/04/2012
Age : 55
Location : Kajang, Selangor

https://ppkkm.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum