Pengawal keselamatan lepas tembakan ditahan

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengawalkeselamatanlepastembakanditahan/Article
2012/04/19
GEORGETOWN: Polis menahan seorang pengawal keselamatan kerana melepaskan satu das tembakan secara cuai di sebuah bank dekat Bandar Baru, Air Itam, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian jam 7.30 malam, lelaki berusia 56 tahun itu secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan dalam menggunakan senapang patah jenis 'Benelli Nova'.
"Mujur tembakan itu hanya mengena pintu kayu kerana semasa kejadian terdapat tiga pekerja bank di dalam premis itu," katanya pada pemberita sempena Program Polis Bersama Pelanggan di Hospital Pulau Pinang di sini, hari ini.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam.
Dalam kes lain, Gan berkata seorang wanita warga emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila seorang lelaki memecah masuk rumah dua tingkatnya di Jalan Khaw Sim Bee di sini hari ini.
Katanya, dalam kejadian 11 pagi itu, wanita berusia 70-an itu tinggal bersendirian sebelum suspek memecah masuk dan mengikat kedua-dua tangan mangsa.
"Suspek yang dipercayai warga tempatan kemudiannya melarikan wang tunai, barangan kemas, telefon bimbit dan barangan berjenama bernilai kira-kira RM10,000," katanya. - BERNAMA

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum